- Mohd Noor Effendy adalah anak keempat daripada enam adik beradik. Dilahirkan di Kajang, Selangor padatahun 1986. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Serdang dan Sekolah Kebangsaan Taman Universiti.
- Sejak dari sekolah rendah Fnd telah dihantar oleh ayah Fnd bagi mengikuti pelbagai kursus penyenggaraan komputer dan peralatan ICT. Semasa dahulu Fnd telah diajar menggunakan Windows 3.5 iaitu windows yang menggunakan DOS. Semasa latihan tersebut Fnd juga telah banyak membaiki dan menjahamkan komputer.
- Fnd meneruskan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kembangan. Pada tahun 2002 Fnd meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Teknik Port Dickson dan mengambil course Pengajian Kejuruteraan Awam. Banyak kisah dalam diri Fnd di Sekolah ini.
- Selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pada tahun 2003, Fnd mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Perkapalan, namun kerana terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, Fnd tidak mendaftarkan diri bagi mengikuti pengajian tersebut.
- Bermula dengan bekerja sebagai Penjaga Stor di sebuah kilang penerbitan buku dan alat bantuan mengajar di Kawasan Perindustrian Bukit Serdang yang juga berhampiran dengan rumah kediaman keluarga Fnd. Fnd diberi kepercayaan untuk membantu editor dalam kerja-kerja editing gambar bagi dimuatkan untuk dijadikan buku dan alat bantuan mengajar. Semasa bekerja inilah Fnd mula mempelajari pelbagai perisian untuk membuat layout bagi sesebuah buku, perisian bagi editing gambar dan lain-lain perisian.
- Disini Fnd mempelajari CMYK, RGB, Software Photoshop, Illustrator, InDesign, Pagemaker dan lain-lain. Fnd juga mempelajari preses bagi mencetak dan mengedit Film Separation sebelum dihantar ke kilang percetakan.
- Tahun 2005, Fnd ditawarkan ke jawatan Pembantu Juruaudit di sebuah agensi kerajaan di bawah kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Disini Fnd ditugaskan untuk membuat pemeriksaan audit pengurusan, membuat design bagi muka hadapan laporan audit, muka hadapan laporan tahunan UAD. Fnd juga diamanahkan untuk menjadi penyenggara peralatan ICT bagi UAD.
- Fnd juga terlibat secara dalaman untuk menjadi photographer bagi setiap event yang dianjurkan UAD seperti Retreat, Lawatan dan lain-lain.
- Fnd telah menghadiri pelbagai kursus sama ada biayaan kerajaan dan biayaan sendiri bagi melaksanakan tugas tersebut. Antara kursus yang Fnd hadiri adalah Adobe Photoshop CS3 Customised, kursus Pembangunan Laman Web, Kursus Penyenggaraan komputer, Kursus Penyenggaraan komputer (Network), Kursus Pengauditan Prestasi, Kursus Pengauditan Anak Syarikat Kerajaan, Asas Fotograf, Asas Flash, Wedding Photography dan lain-lain.
- Pada tahun 2006, Fnd telah melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Perakaunan di UiTM Shah Alam secara pengajian jarak jauh.
- Fnd bertemu dengan jodoh Fnd semasa Kursus Induksi di Port Dickson pada tahun 2006. Setelah dua tahun mengenali hati budi, pada 25 Julai 2008, Fnd menikahi Mia.
- Bermula 2009, Mia (http://mianieramakeover.blogspot.com) bermula sebagai seorang Makeup Artist (MUA) dimana mula mempelajari asas makeup dengan seorang MUA bernama Nurin. Setelah itu Mia meneruskan pengajian bidang Makeup daripada Nurul Shukor (http://nurulshukortouch.com.my) yang juga salah seorang daripada 12 MUA terkenal MALAYSIA yang juga MUA bagi Artis Siti Nurhaliza.
- Pada tahun tersebut juga tercetuslah idea bagi Fnd memberikan perkhidmatan bagi fotografi, pc maintainance, graphic editing, pembuatan album custom dan lain lain. berganding bahu bersama Mia sebagai MUA.
- Fnd pada awalnya hanya membuat akaun flickr (http://flickr.com/photos/mnfnd/sets) sebagai profail, namun atas tunjuk ajar Mia, Fnd membuat akaun blogspot http://fnd-photography.blogspot.com bagi profail perniagaan fnd sebagai photographer
- Pada awal 2010, Fnd bersama Mia menambah satu lagi perniagaan dengan membuka butik perkahwinan diberi nama Astana Putra Bridal Gallery http://astana-putrabridals.blogspot.com.
- Semua aktiviti perniagaan adalah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) diatas nama perniagan
- TRADITION CULTURE AND TREND ENTERPRISE.
- Kini
- Fnd yakin dan dapat menyediakan pelbagai perkhidmatan sama ada perkhidmatan fotografi bagi pelbagai majlis sama ada perkahwinan, pertunangan, korporat dan lain lain. Disamping itu Fnd juga menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan komputer, graphic designing,dan typesetting. Fnd Photography juga menyediakan perkhidmatan pembikinan custom story book album, Stcky Album dan Album Majalah dengan kadar yang berpatutan
About Us
Subscribe to:
Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment